Friday, August 18, 2017

Sedar tak sedar 1 Disember 2017 akan genab 30 tahun aku berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia. Banyak pelajaran dan pengajaran yang aku terima setelah sebahagian besar daripada kehidupan yang aku lalui ini. Kehidupan sebagai seorang pegawai penjara.

Benarlah hidup ini ibarat roda yang berpusing. Segalanya hendaklah kita atur dan berserah pada Allah setelah kita berusaha menentukan haluan roda kita yang berpusing. Jangan sampai roda menuruni lurah dan gaung. Jangan sampai perjalanan yang kita lalui menempuh onak dan duri.

Sesungguhnya perjalanan yang selamat memerlukan keizinan Allah, perjalanan yang selamat boleh digapai dan ditentukan. Jangan sesekali kita takbur dan bongkak. Jangan sesekali kita lupa dari mana asal usul kita. Jangan sesekali kita membelakangkan sunatullah.Berdoalah agar kita dapat menyusuri perjalanan yang meningkatkan iman dan takwa.

Bersyukurlah dangan nikmat Allah. Bersyukurlah dengan nikmatnya, dengan nikmatnya kita dapat hidup aman damai di dalam bumi bertuah ini. Sedarlah bahawa melalui rasa syukur itu Allah tambah lagi nikmat yang kita perolehi. Salam sayang kepada negaraku tercinta iaitu Malaysia. Selamat Hari merdeka. Hidup orang merdeka bebas dan penuh bererti.

Sempena dengan musim perayaan korban dan hari kemerdekaan, yakinlan setiap pengorbanan yang ikhlas kerana Allah, Allah akan membalasnya walaupun dengan sebesar zarah kebaikan yang kita buat. Semoga kita semua dapat menikmati kemerdekaan dan perayaan korban yang besar ertinya..

Selamat semuanya.

No comments:

Post a Comment