Friday, August 18, 2017

Kenangan 2007

KENANGAN  MANIS

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA)
PERINGKAT KEBANGSAAN KE-24 TAHUN 2007
GRAND RIVER VIEW HOTEL, KOTA BAHRU, KELANTAN
27-29 OKTOBER 2007

1. KEJAYAAN

Penerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) 2007. Johan
Pameran Inovasi Peringkat Sektor Awam.

2. HADIAH

Pemenang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) 2007 menerima
Sijil Penghargaan, Piala Iringan dan wang tunai berjumlah RM 10,000.00.

3. SENARAI PEGAWAI TERLIBAT

TPP Azahari bin Zaman
TPP Rizalma bin Che Abd. Hamid
IP Mohamad bin Abdullah
IP Noor Zuraini binti Mohd. Zakaria
IP Kamarulzaman bin Md. Adnan
IP Mohd. Sani bin Shaari
Kpl. Ra’aidi bin Abdul Ghani
Kpl. Rosli bin Othman


Sedar tak sedar 1 Disember 2017 akan genab 30 tahun aku berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia. Banyak pelajaran dan pengajaran yang aku terima setelah sebahagian besar daripada kehidupan yang aku lalui ini. Kehidupan sebagai seorang pegawai penjara.

Benarlah hidup ini ibarat roda yang berpusing. Segalanya hendaklah kita atur dan berserah pada Allah setelah kita berusaha menentukan haluan roda kita yang berpusing. Jangan sampai roda menuruni lurah dan gaung. Jangan sampai perjalanan yang kita lalui menempuh onak dan duri.

Sesungguhnya perjalanan yang selamat memerlukan keizinan Allah, perjalanan yang selamat boleh digapai dan ditentukan. Jangan sesekali kita takbur dan bongkak. Jangan sesekali kita lupa dari mana asal usul kita. Jangan sesekali kita membelakangkan sunatullah.Berdoalah agar kita dapat menyusuri perjalanan yang meningkatkan iman dan takwa.

Bersyukurlah dangan nikmat Allah. Bersyukurlah dengan nikmatnya, dengan nikmatnya kita dapat hidup aman damai di dalam bumi bertuah ini. Sedarlah bahawa melalui rasa syukur itu Allah tambah lagi nikmat yang kita perolehi. Salam sayang kepada negaraku tercinta iaitu Malaysia. Selamat Hari merdeka. Hidup orang merdeka bebas dan penuh bererti.

Sempena dengan musim perayaan korban dan hari kemerdekaan, yakinlan setiap pengorbanan yang ikhlas kerana Allah, Allah akan membalasnya walaupun dengan sebesar zarah kebaikan yang kita buat. Semoga kita semua dapat menikmati kemerdekaan dan perayaan korban yang besar ertinya..

Selamat semuanya.